Career Opportunity​

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / CHIEF EXECUTIVE OFFICER

Skop dan tanggungjawab :

• Bertanggungjawab memastikan matlamat dan objektif syarikat dipenuhi
• Bertanggungjawab untuk menentukan, dan melaksanakan hala tuju strategik syarikat bagi menjana pendapatan dan meningkatkan nilai syarikat.
• Mengurus dan menguatkuasakan penggunaan sumber tenaga manusia dengan efektif dan berdaya maju.
• Bertanggungjawab bagi membentuk dan mengetuai kumpulan pengurusan UHSB berasaskan aspirasi penubuhannya.
• Memastikan syarikat beroperasi mengikut skop dan bidang kuasa sebagaimana objektif penubuhannya.
• Bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah UHSB dan Pengurusan Tertinggi UniSZA dalam melaksanakan sebarang keputusan serta arahan Lembaga UHSB dari masa ke masa.

Kelayakan :

• Sekurang – kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan di dalam bidang kewangan, perakaunan, pengurusan perniagaan atau bidang – bidang lain yang berkaitan. Calon – calon yang memegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan adalah satu kelebihan.
• Minimum 10 tahun pengalaman profesional di dalam pengurusan kanan dan pentadbiran syarikat dengan keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman di syarikat korporat atau syarikat milik / berkaitan kerajaan.
• Mempunyai ciri – ciri kepimpinan yang tinggi, keusahawanan, pemikiran strategik serta kompetensi di dalam pengurusan organisasi perniagaan.

Cara Memohon:

Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan rasmi dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

a) ‘Curriculum vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran passport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
i. Latar belakang diri termasuk alamat surat-menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya serta Salinan sijil yang berkaitan.

b) Ringkasan mengenai perancangan Pelan Perniagaan (1 muka surat sahaja)

Tarikh tutup Permohonan : 15 Ogos 2023/ Selasa

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut :

Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
UniSZA Kampus Gong Badak
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman

Dan diemelkan kepada pegawai sepertimana di bawah:

i. Puan Wan Mazrina Wan Mansor (09-668 8398)
mazrinamansor@unisza.edu.my
 
ii. Puan Zaliaty Mohamad (09-667 1495)
zaliaty@uniszaholdings.my