ECERDC, UniSZA Dan YP Bina Asas Buat 850 Bakal Usahawan

KUALA NERUS, 2 November – Seramai 850 peserta didedahkan kepada keperluan meletakkan tapak bisnes melalui pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi dua program webinar anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama dan Yayasan PETRONAS (YP).

Menurut kenyataan, program empower ECER dan empower ECER-MEKAR Latihan Kemahiran dan Keusahawanan tersebut telah membawa ilmu pengetahuan tersebut kepada 450 peserta dari daerah Temerloh, Bentong dan Mersing pada 13 Ogos lalu.

“Manakala 16 Oktober lalu, 400 peserta dari daerah Kemaman dan Dungun Terengganu turut memanfaatkan peluang tersebut.

“Mereka yang terlibat telah didedahkan tentang saluran yang betul untuk mendaftarkan perniagaan dan kepentingannya dengan lebih mendalam daripada pihak SSM sendiri.

“Prosedur penting akan diterapkan di dalam bakal usahawan terlibat supaya dalam menjadi asas kukuh serta menarik minat membina perniagaaan dan meningkatkan pendapatan tanpa potensi masalah,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Seramai 1,350 peserta daripada golongan belia, dewasa yang kurang berpendapatan telah mendapat manfaat daripada penganjuran Program empower ECER yang telah dilaksanakan sejak 2011.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *